NAFSU MUTMAINNAH - JIWA YANG TENANG

ALLAH BERFIRMAN “WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...”

89.Surah Al-Fajr ayat 27

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Di dalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Manakala di dalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Kesimpulan daripada kedua-dua firman di dalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 dan Surah Al-Fajr ayat 27 menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu mempunyai jiwa yang tenang.

Orang yang telah diseru dengan “WAHAI JIWA YANG TENANG INI” ialah merupakan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Orang yang beriman dan beramal soleh ialah orang yang percaya dan berharap pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah

Firman Allah

18.Surah Al-Kahf ayat 109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

18.Surah Al-Kahf ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPA PUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

Orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang iaitu orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Allah, yang merupakan orang yang beriman dan beramal soleh, merekalah orang yang sentiasa ingat kepada Allah dan seterusnya mereka akan diseru seperti mana di dalam firman Allah

89.Surah Al-Fajr ayat 28

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !

89.Surah Al-Fajr ayat 29

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

89.Surah Al-Fajr ayat 30

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!”

PERSOALANNYA SEKARANG INI SUDAHKAH SESEORANG ITU INGAT KEPADA ALLAH YANG TERHASIL DARIPADA APA YANG TELAH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH?

"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"

Firman Allah

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

BAGAIMANA NAK INGAT KEPADA ALLAH MENGIKUT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT / BERZIKIR KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

2.Surah Al-Baqarah ayat 198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU
(Surah Al-Baqarah ayat 198)

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.

2.Surah Al-Baqarah ayat 2

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

2.Surah Al-Baqarah ayat 3

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

SEKARANG INI TIMBUL PULA PERSOALAN BAGAIMANA NAK LAKUKAN

“DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” ? (Surah Al-Baqarah ayat 198)

LANGKAH PERTAMA

Jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Untuk tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, mestilah seseorang itu tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

LANGKAH YANG KEDUA

Laksanakan perintah Allah

"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU" (Surah Al-Baqarah ayat 198)

CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH SEHINGGA AKAN DIBERIKAN "INGAT KEPADA ALLAH", BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA APA YANG TERSURAT DAN APA YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN-FIRMAN ALLAH

20.Surah Ţāhā ayat 8

‎اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 180

‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyebut nama Allah boleh dilakukan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat seperti di dalam firman Allah pada

Surah Al-Muzammil ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.

boleh juga dilaksanakan dengan cara yang telah diajarkan oleh Allah di dalam firmanNya pada

7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati yang dilakukan mengikut seperti mana

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan matamu,
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya....

Yang perlu dilakukan sehingga berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah, "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah dan "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang mengenal Allah

Setelah berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah, "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah dan "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang mengenal Allah, barulah akan diberikan "INGAT KEPADA ALLAH"

SEBENARNYA

ALLAH TIDAK BOLEH NAK DITERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN

18.Surah Al-Kahf ayat 109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Di dalam surah dan ayat yang lain Allah telah memperjelaskan jika ditambah lagi 7 air lautan yang dijadikan dakwat untuk menerangkan tentang Allah tetap tidak akan terterangkan

31.Surah Luqmān ayat 25

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

31.Surah Luqmān ayat 26

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dialah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

31.Surah Luqmān ayat 27

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

31.Surah Luqmān ayat 28

(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Lagi sekali ditegaskan, Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara, Walaupun Allah menegaskan bahawa Allah tidak boleh diterangkan walau dengan apa cara sekalipun tetapi ramai yang masih ingin dan berusaha dan mencari penerangan tentang Allah dan memperkatakan Allah begitu dan begini..

JALAN KELUAR YANG ALLAH TELAH TUNJUKKAN KEPADA SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH ...

18.Surah Al-Kahf ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPA PUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"

Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata atau dengan apa cara sekalipun ..

Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan memimpin mereka ke jalan yang lurus dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. Tempat kediaman mereka di akhirat kelak ialah di dalam Syurga yang penuh nikmat.

Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak pernah mengubah janjiNya

Allah boleh diketahui, dikenali atau ditemui setelah badan diri sendiri dan keseluruhan Alam yang dianggap ada itu dibinasakan.. dengan melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid ...

Setelah badan diri sendiri dan sekalian alam atau selain daripada Allah fana', maka kekallah Allah semata-mata.

Apa yang perlu kepada setiap orang, bukan berusaha untuk menerangkan tentang Allah begitu, begini dan sebagainya..

Apa yang perlu dilakukan oleh setiap orang ialah bagaimana Allah itu boleh ditemui, bagaimana Allah itu boleh dikenali, bagaimana hendak membinasakan (menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan) badan diri dan selain dari Allah.. Seperti sabda Nabi, "mautu khoblaanta mautu - matikan diri kamu sebelum lagi kamu mati"

SABDA RASULULLAH SAW BERKAITAN MATI SEBELUM MATI ...

Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :

Rasulullah saw membaca ayat,

39.Surah Az-Zumar ayat 22

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Kami para sahabat bertanya :

Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?

Rasulullah menjawab :

Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.

Kami para sahabat bertanya :

Tandanya apa ya Rasulullah ?

Jawab Rasulullah saw :

Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.

Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan di bumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada di langit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."

Firman Allah pada Surah Al-Baqarah ayat 5 memperjelaskan

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Allah lah Yang Maha Pengampun lagi Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Setelah diri dan selain dari Allah telah mati, setelah binasa, setelah tiada badan diri sendiri dan selain dari Allah, maka bertemulah apa yang dipanggil Allah itu..

JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU" seperti mana yang terkandung di dalam firman Allah pada

4.Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

4.Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

4.Surah An-Nisā' ayat 70

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).

Jika Allah itu diperdebatkan, sampai kiamatpun Allah yang sebenar tidak akan ditemui...

Selagi sebelum menemui Allah, dengan melakukan seperti mana yang telah Allah firmankan

"OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPA PUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"

(Surah Al-Kahf ayat 110)

apa yang diperkatakan, apa yang diingat, apa yang dibayangkan itu semua adalah merupakan khayalan diri yang diadakan sendiri oleh sangkaan sendiri...

Untuk itu saya ingin menasihati diri saya sendiri dan semua sahabat di sini supaya berhentilah membicarakan tentang Allah ini dan kembalilah membicarakan tentang bagaimana hendak melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid.... mengikut seperti mana yang dikehendaki oleh Allah

ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN ALLAH IALAH ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, MEREKA YANG AKAN DISERU OLEH ALLAH DENGAN SERUAN “WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...”

“SERTA MASUKLAH KEDALAM KUMPULAN HAMBA-HAMBAKU YANG BERBAHAGIA”

“DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGAKU”

ORANG YANG AKAN MENDAPAT JIWA YANG TENANG IALAH ORANG YANG TELAH SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH.

Firman Allah

Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

JADI ORANG YANG SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH IALAH MERUPAKAN ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN ALLAH DAN MEREKA INILAH YANG MERUPAKAN ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN TENTANG SOLAT UNTUK MENGINGATI ALLAH

20.Surah Ţāhā ayat 14

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.